::: nash personal interest :::

By: nash nazreen

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Thursday, 28-Sep-2006 21:29 Email | Share | | Bookmark
SEKIAN LAMA.... aku hilang dan tiba masa menunjalkan diri...



SEINGAT aku, aku tak pernah menjadikan fotografi sebagai hobi semata-mata. Kerana matlamat utama aku memilih jurusan fotogafi semasa belajar dulu...memang untuk menjadikan fotografi sebagai punca pendapatan hidup...

Nah! Memang inilah punca pendapatan aku sejak tamat belajar pada tahun 1993. Masih ingat lagi kamera pertama aku, Yashica FX3, kemudian beralih pula kepada Nikon FM2 (masa tu kalau guna FM2 dah kira hebat dah tu...) dan lain-lain yang aku sendiripun dah tak ingat dah.

Berbekalkan 'sedikit' ilmu di dada (sebab masa belajar dulu banyak sangat memain... ) aku mula menerokai alam pekerjaan. Dan kerja pertama aku adalah di Ridzuan Foto, Pertama Kompleks (masih ada lagi sekarang...dan Pak Wan pun masih lagi sihat...alhamdulillah).

Tidak lama cuma beberapa bulan sahaja. Kerana jiwa aku semakin mengeletek untuk menerokai dunia penerbitan majalah dan akhbar. Berbekalkan sedikit pengalaman, aku mula mengorak langkah dari sebuah penerbitan ke sebuah penerbitan...bekerja...bekerja dan terus bekerja...masa semakin berlalu...dari jurugambar aku mengorak langkah menjadi wartawan dan dari wartawan pula berkembang menjadi wartawan foto atau photojournalist..

Begitu juga dengan 'dunia2' dan 'insan2' sekeliling yang menjadi 'buruan' aku...dari dunia hiburan dan artis beralih ke dunia jenayah, dunia sukan, dunia wanita dan akhir sekali dunia pelancongan...semua ini telah aku lalui ketika memulakan alam perkerjaan di majalah PESTA (1993), KARANGKRAF (1994-1999), Majalah PEREMPUAN (1999-2003) dan akhir sekali VIRTUAL MALAYSIA (2003-2006).

Kini..., berbekalkan pengalaman, berbekalkan semangat, berbekalkan contact, berbekalkan doa dan akhir sekali tawakal, aku memberanikan diri 'melangkah keluar' dari dunia 'makan gaji' dengan satu hasrat, membina empayar sendiri di bawah nama Candid Syndicate Photography (CSP)...

Kadang-kadang timbul juga keraguan di hati.. ? bolehkah aku? layakkah aku? boleh ke tsk ni? Keta nak bayar..rumah llagi nak bayar? mampu ke? kalau tak untung macamana? dan macam-macam lagilah...namun aku berpegang kepada usaha dan tawakal...Di samping itu... inilah kekuatan aku... sokongan keluarga...abang long, kak long, dua adik aku...nita dan nora. Juga teman-teman rapat aku...gee dan anis.. Mereka ini juga ibarat adik beradik aku... Setulus hati aku, mereka ini banyak memberi inspirasi dan skongan kepada aku...thanks everyone n i love you all

Alhamduillah...sejak tiga bulan di daftarkan, CSP telah mula mengorak langkah dengan beberapa assignments permintaan pelanggan...'berdikit-dikit dulu' atau 'kayuh pelan-pelan', kata seorang teman...cari contact dan luaskan hubungan...perkenalkan logo CSP kepada orang ramai, insyallah pasti boleh berjaya..

Oh ya! berbalik kepada al kisah hobi dan kerjaya tadi..., aku sendiri yang tidak sedar...sebenarnya aku telah lama menjadikan fotografi sebagai hobi aku (tanpa disedari...) tak boleh lari dah..pusing2 mesti jadi hobi jugak..

So bermula dari saat ini, aku isytiharkan laman fotopages ini akan menjadi laman aku berkongsi hobi dengan korang...yang serius punya... kenalah pegi kat candidsyndicate.fotopages.com (hik! hik! itu laman cari makan Opss.... )



http://candidsyndicate.fotopages.com


Monday, 31-Jul-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
chinese temple at pangkor island...







Friday, 21-Jul-2006 12:50 Email | Share | | Bookmark
Sepetang di Pantai Chenang, Langkawi...







Thursday, 13-Jul-2006 16:02 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT PENGANTIN BARU>>> SITI & DATUK KHALID





sekian lama saya tidak bersua muka dengan siti. kali terakhir kami bertemu, ketika shooting cover majalah perempuan di Berjaya Times Square Hotel 2 tahun lepas. Jika waktu itu, siti cukup hangat dengan isu sharifah aini, hari ini pula heboh dengan isu datuk k...

Mengenali siti secara peribadi, saya cukup mengaguminya... teringat kali pertama kami bertemu untuk sessi fotografi cover majalah motosikal, pada tahun 1997. siti hanyalah seorang budak mentah dan cukup naif untuk mengenali dunia hiburan tanahair ketika itu... masih terkejar-kejar dari kuala lipis ke kl semata-mata mengejar cita-cita untuk mencipta kejayaan hari ini.. satu yang saya benar-benar pasti mengenai siti dari dulu hingga kini, santunnya tetap sama...tidak pernah berubah! Empat kali, kami digandingkan untuk satu tugasan cover majalah dan sepanjang saya bergelar wartawan, dari saat mula kami bertemu hinggalah ke hari ini, siti tetap siti yang dulu..

kepada siti...syabas dan SELAMAT PENGANTIN BARU !! Semoga kekal ke anak cucu...

ps : jika berkesempatan, saya akan cuba cari semula cover2 magazine lama tu untuk dipaparkan di sini...masa tu, tak ada digital lagi macam sekarang...so perit sikitlah....


Friday, 14-Apr-2006 07:27 Email | Share | | Bookmark
Pak Kacang (Mr. Bean) from Kuala Koh


curios...


smiling at last...



[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net